Tuesday, May 22, 2012

Bapa Muhyiddin Seorang Ulama Berfikiran Terbuka, Kata Mufti Johor

Beliau adalah ayah kepada Tan Sri Muhyiddin yang sekarang ini sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Pelajaran Malaysia. Meninggal dunia pada 11 November 1975 pada usia 73 tahun di Muar Johor. Semasa hayat beliau merupakan tokoh guru Agama yang disegani dan menyampaikan pengajaran agama di mesjid-mesjid dalam daerah Muar

Allahyarham Mohd Yassin Muhammad, bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, semasa hayatnya merupakan seorang ulama yang berfikiran terbuka, kata Mufti Johor Datuk Tahril Samsudin.


"Allahyarham adalah seorang ulama yang berjuang menyebar Islam dengan penuh ikhlas. Dia seorang yang bertanggungjawab kepada agama dan bangsanya," kata bekas murid allahyarham itu.

Selain itu, katanya firasat allahyarham bahawa seorang daripada 47 orang anaknya akan menjadi seorang terkenal dan orang penting negara turut menjadi kenyataan apabila Muhyiddin menjadi timbalan perdana menteri.

"Allahyarham pernah dua kali menyebut bahawa salah seorang anaknya akan menjadi seorang yang terkenal dan orang penting negara. Ia ternyata apabila anaknya (Muhyiddin) telah memegang jawatan timbalan perdana menteri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan buku tokoh ilmuan Islam cemerlang yang menyingkap sejarah perjuangan Mohd Yassin di pekarangan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini hari ini. Muhyiddin turut hadir pada majlis itu.

Buku itu ditulis oleh Abd Latif Juffri @ Al-Jufri dan Amad Bahri Mardi dan diterbitkan Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...