Showing posts with label Sultan Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Sultan Ibrahim. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

SULTAN JOHOR BERBUKA BERSAMA ANAK YATIM DAN OKU

Sekadar Gambar Hiasan

QSR Brands Berhad (QSR), menerusi restoran KFC dan Pizza Hut mengagihkan kira-kira 20,000 hidangan berbuka puasa percuma kepada penghuni 230 rumah anak yatim, rumah kebajikan kanak-kanak dan rumah orang tua di seluruh negara.

Thursday, August 9, 2012

PERPECAHAN PUNCA UMAT ISLAM LEMAH - SULTAN IBRAHIM


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan umat Islam supaya tidak berpecah-belah kerana tindakan itu hanya akan melemahkan mereka sehingga mudah dikalahkan musuh dan diperdaya pihak berkepentingan. Sehubungan itu, baginda bertitah, umat Islam perlu bersatu-padu kerana nilai murni itu menjadi asas kemajuan dan kesejahteraan ummah.

Wednesday, July 11, 2012

ANWAR MEMANG DAJAL!!!!! ANAK SAYA ROSAK KERANA ANWAR.....

Dajal inilah yang telah merosakkan ramai anak bangsa...

''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."

Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.

Friday, July 6, 2012

AKHIRNYA UNCLE SEEKERS DIREMAN 4 HARI

Uncle Seekers dan teman wanitanya direman 4 hari kerana kenyataan menghina

Polis mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Monday, June 18, 2012

ISKANDAR MALAYSIA, RAKYAT AKAN TERIMA MANFAAT

Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia telah  merekodkan pelaburan komited yang terkumpul berjumlah RM87.56 bilion dari tempoh 2006 hingga Mac 2012 lalu, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Tuanku bertitah, rakyat Johor akan menikmati kesejahteraan hidup yang lebih baik lagi hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan apabila dalam suku pertama tahun ini negeri ini telah mencapai pelaburan lebih RM2 bilion.

BUKAN CARA SAYA UMUM APA YANG DIBERI PADA RAKYAT - SULTAN IBRAHIM

Sultan Ibrahim


Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menasihati putera-putera dan puteri baginda supaya jangan terlibat dalam sebarang kejadian yang boleh memalukan keluarga diraja Johor. Sehubungan dengan itu, Sultan Ibrahim telah menasihati putera-putera dan puteri baginda agar mengadap dan mendapatkan kebenaran daripada Tuanku Sultan sebelum keluar dari negeri Johor. “Saya telah menasihati anak-anak saya supaya mendapatkan kebenaran sebelum ke Kuala Lumpur atau pun Singapura kerana mereka boleh sentiasa sahaja terdedah kepada provokasi atau mungkin ada yang cuba mencari masalah dengan melakukanprovokasi,” titah baginda.

HADI KATA RAKYAT JOHOR PERLU BERUBAH KEPADA BABI???


Abdul Hadi melahirkan rasa jijiknya terhadap rakyat Johor yang disifatkan tidak ubah seperti seekor cicak. Rakyat Johor perlu berubah dari menjadi seperti ‘ekor cicak’ kepada menjadi seekor babi. Mungkin itu maksud sebenar Haji Hadi ketika berucap pada Jamuan Rakyat Sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dataran Pas Tokang Pechah dalam himpunan langau hijau. Hadi ketika berucap pada Jamuan Rakyat yang ditaja sepenuhnya dengan wang rakyat Kedah hanya untuk membuat Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dataran Pas Tokang Pechah.


Friday, June 15, 2012

SULTAN JOHOR MURKA TERHADAP NIZAR


Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini. Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.

Tuesday, June 12, 2012

PERMOHONAN MAAF, CUBAAN NIZAR BODOHKAN RAKYAT JOHOR


Nizar Jamaluddin

Akibat desakan dan bantahan yang dibuat oleh rakyat Johor atas kelancangan dan kebiadapan Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu akhirnya mula sedar akan natijah dan kesan yang dilakukannya. Sebelum ini Nizar telah mengkritik tindakan DYMM Baginda Sultan Johor yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 untuk plat bernombor WWW1. Ketika ditanya oleh wartawan di lobi parlimen sebentar tadi, dia mengatakan akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan dia menerangkan kedudukan sebenar.

Monday, June 11, 2012

TIADA RAKYAT, TIADALAH RAJA, TITAH SULTAN JOHOR

NONE
DYMM Baginda Sultan Ibrahim.
Sultan Iskandar menitiskan air mata di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.  Suasana di perkarangan istana semalam yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada 'Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor' itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.

MALANG BUAT SALAHUDDIN, 30K HADIR IKRAR TAAT SETIA

 

30,000 rakyat Johor berhimpun, ikrar taat setia
Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada 2 petang.

Wednesday, June 6, 2012

RAKYAT DAN ORANG MUDA JOHOR BANGKIT PERTAHAN SULTAN



Seramai 5,000 orang dan 300 badan bukan kerajaan (NGO) dijangka hadir pada Himpunan Menjunjung Taat Setia anjuran Pemuda UMNO Johor yang akan diadakan di Istana Pasir Pelangi Ahad ini. Ia sebagai tanda sokongan rakyat Johor kepada baginda dalam menghadapi apa jua isu serta menyatakan kesediaan rakyat Johor pertahankan institusi diraja daripada diperkotak-katik.

Saturday, June 2, 2012

Himpunan Menjunjung Taat Setia Pemuda Umno Johor


Pemuda Umno Johor akan menganjurkan 'Himpunan Menjunjung Taat Setia' di Istana Pasir Pelangi di sini pada 10 Jun ini sebagai tanda sokongan rakyat terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Maskon berkata, himpunan yang disertai lebih 300 badan bukan kerajaan dari seluruh negeri itu juga diadakan sebagai tanda amarah terhadap tindakan

Wednesday, May 30, 2012

KENYATAAN NIZAR UNTUK WUJUDKAN KEBENCIAN - AZALINA


Mesej Twitter bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disifatkan tindakan terdesak dan menghina institusi diraja. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan Mohamad Nizar itu adalah satu niat mengaibkan dan mewujudkan kebencian terhadap keluarga diraja Johor.

Tuesday, May 22, 2012

Bapa Muhyiddin Seorang Ulama Berfikiran Terbuka, Kata Mufti Johor

Beliau adalah ayah kepada Tan Sri Muhyiddin yang sekarang ini sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Pelajaran Malaysia. Meninggal dunia pada 11 November 1975 pada usia 73 tahun di Muar Johor. Semasa hayat beliau merupakan tokoh guru Agama yang disegani dan menyampaikan pengajaran agama di mesjid-mesjid dalam daerah Muar

Allahyarham Mohd Yassin Muhammad, bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, semasa hayatnya merupakan seorang ulama yang berfikiran terbuka, kata Mufti Johor Datuk Tahril Samsudin.

Saturday, May 19, 2012

Ibu tunggal sakit buah pinggang terima RM34,800


Seorang ibu tunggal yang miskin dan menghidap penyakit buah pinggang dan tidak mampu menanggung kos rawatan setiap bulan kini mampu menarik nafas lega apabila mendapat sumbangan RM34,800 daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Friday, May 18, 2012

Do Not Ignore The Law, Johor Sultan Advises People


The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, today advised the people against ignoring the law when putting forward their demands to the government.

Muhyiddin To Launch Biography Book On His Father


Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is scheduled to launch a biography book on his father titled "Tuan Guru Hj Mohd Yassin" this Saturday at the Sultan Ibrahim Mosque, Muar, Johor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...