Golongan muda di negeri ini dinasihatkan supaya berwaspada dengan
tindakan pihak tertentu yang cuba menyebarkan perbezaan pendapat semata-
mata untuk memecah-belahkan perpaduan di negara ini. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, golongan tersebut
harus berfikir secara rasional bagi mengelak daripada diperalatkan oleh
pihak tersebut yang mempunyai agenda tertentu demi mencapai kepentingan
politik mereka.
“Justeru, saya ingin mengingatkan orang muda supaya berwaspada. Ini
kerana ada pihak cuba mendapatkan kuasa dalam pilihan raya nanti dengan
cara mengajak rakyat ke arah perbezaan dan perpecahan.
No comments:
Post a Comment