Monday, June 18, 2012

DAP KATA TAK PERLUKAN SOKONGAN INDIA

Pengerusi DAP Johor Kata Tak Perlukan Undi INDIA
Ketua cawangan DAP memijak bendera DAP sebagai tanda bantahan
Satu lagi bantahan telah dilakukan oleh Ketua DAP Cawangan Taman Saga, Thulasidas a/l Viswalingam semalam bersama sekumpulan ahli-ahli DAP yang mewakili kaum India kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, merangkap Adun Skudai yang bersifat perkauman dan menghina masyarakat India. Bantahan tersebut dilakukan di pejabat ADUN Skudai tersebut, ekoran dari kenyataannya yang mengatakan DAP Johor tidak perlukan undi kaum India untuk menawan Johor.


Masyarakat India Johor telah mula sedar akan tembelang sebenar DAP

Thulasidas juga telah memijak bendera parti tersebut bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan itu. Umum mengetahui Dr Boo sebelum ini, memang terkenal dengan sikap ultra kiasu dan rasis. Sebagai contoh semasa menyampaikan ucapan di dalam Dewan Undangan Negeri johor pada 26 Februari 2006 yang lalu dia pernah menyatakan sesetengah langkah pinjaman Dana Johor bercirikan APARTHEID atas alasan dilihat seolah menidas kaum bukan bumiputera.


Sebagai seorang pendokong kuat ideologi DAP, dia sering dilihat bersikap ultra kiasu terhadap isu-isu yang berkaitan bangsa dan kaum serta sering dilaporkan sukar menerima pandangan dari mereka yang berlainan bangsa. Selain dari itu Sin Chew Daily pada 17 April yang lepas ada menyiarkan kenyataan Dr Boo yang mengatakan BUKAN ISLAM DAN BUKAN MELAYU DI JOHOR BOLEH DILANTIK MENJADI MENTERI BESAR.

Tidak cukup dengan itu, pada 8 Februari Dr Boo pernah membidas kenyataan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang mahu mengangkat Salahuddin Ayub sebagai MB sekiranya Pas menang di Johor pada PRU13 nanti. Dia mengatakan isu bakal menteri besar tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan pakatan di negeri itu.

1 comment:

  1. Link anda telah diluluskan di www.johor.blogspot.com.. harap anda juga buat link ke kamu juga. Terima kasih
    www.johorbahru.blogspot.com
    www.planluluscom

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...