Dasar Perumahan Rakyat Johor yang dilancarkan kerajaan negeri April
lepas memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana
di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk
Ahmad Zahri Jamil berkata rumah yang disediakan di bawah dasar baharu
itu juga mempunyai keluasan yang lebih selesa, kondusif selain mampu
dimiliki golongan berkenaan.
"Dasar Perumahan Johor yang dipakai sejak 1997 sebelum ini menetapkan
pembinaan 40 peratus rumah kos rendah dan rumah sederhana oleh pemaju
swasta dalam projek pembangunan. Sekiranya komponen rumah kos rendah dan kos sederhana dalam dasar yang
ada diteruskan terutama di kawasan Iskandar Malaysia, maka akan berlaku
ketidakseimbangan dari segi tawaran dan permintaan sebagaimana hasil
kajian oleh pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA),"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Cheong Chin Liang
(BN-Bukit Batu) dan Tan Nai Soon (BN-Pekan Nenas) pada persidangan Dewan
Undangan Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment