Tuesday, June 19, 2012

JOHOR SENTIASA AMBIL BERAT KEBAJIKAN SJKC

BN Sentiasa Mengambil Berat Kebajikan Rakyat

Kerajan negeri Johor sentiasa mengambil berat tentang kebajikan, pembangunan dan permasalah yang dihadapi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini. Goh Tee Tee (BN-Tangkak) berkata, ia jelas ditunjukkan melalui pengagihan bantuan dan sokongan berterusan kerajaan terhadap hal pendidikan di SJKC.

"Hal ini dibuktikan di 11 buah SJKC di Parlimen Ledang yang mana telah mendapat peruntukan khas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman sejak tahun 2008 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.5 juta. Malah sekolah menengah persendirian atau sekolah swasta juga tidak ketinggalan dalam mendapat sentuhan dan perhatian Menteri Besar...sebagai contoh SMJK Pei Hwa di Sungai Mati, Muar yang menerima peruntukan sebanyak RM1.08 juta," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Johor sempena perasmian persidangan kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kali ke-12

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...