Wednesday, June 6, 2012

RAKYAT DAN ORANG MUDA JOHOR BANGKIT PERTAHAN SULTAN



Seramai 5,000 orang dan 300 badan bukan kerajaan (NGO) dijangka hadir pada Himpunan Menjunjung Taat Setia anjuran Pemuda UMNO Johor yang akan diadakan di Istana Pasir Pelangi Ahad ini. Ia sebagai tanda sokongan rakyat Johor kepada baginda dalam menghadapi apa jua isu serta menyatakan kesediaan rakyat Johor pertahankan institusi diraja daripada diperkotak-katik.

Himpunan tersebut juga antara lainnya bertujuan untuk menyatakan rasa terkilan dan marah rakyat negeri itu terhadap kenyataan Nizar Jamaluddin yang biadap dan kurang ajar terhadap Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor. Seluruh rakyat Johor merasa sungguh terkilan atas sikap tersebut dan menggesa Nizar agar menghadap Sultan Ibrahim dan meminta maaf secara terbuka termasuk kepada seluruh rakyat Johor.

Umum mengetahui hubungan rakyat Johor yang akrab dan mesra dengan institusi Diraja Johor selama ini melalui pelbagai program yang pernah dianjurkan selama ini. Sebagai contoh program ‘Kembara Mahkota Johor’ yang diadakan selama berbelas tahun menunjukkan komitmen baginda untuk mencemar duli bagi berjumpa dengan rakyat di setiap pelosok negeri.

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya perlu sedar akan peri pentingnya menjunjung sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan. Raja bukan sekadar simbolik, ia adalah merupakan lambing kepada kedaulatan dan merupakan tempat untuk rakyat berpayung. Ia juga sebagi lambang keutuhan dan kekuatan negara dan kesetiaan kepada Raja dan negara merupakan prinsip kedua Rukun Negara yang perlu menjadi pegangan dan amalan semua rakyat.

Adalah penting untuk rakyat memahami keutuhan institusi beraja ini yang menjadi paksi kekuatan masyarakat serta memperkukuhkan kefahaman dan kepercayaan kepada institusi Raja Berperlembagaan. Adalah menjadi tanggungjawab bersama dalam memastikan Institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen akan terus berkekalan selamanya.

Institusi pemerintahan  diraja ini adalah merupakan sumber inspirasi serta wadah bagi rakyat Malaysia untuk berlindung, mendapat keadilan dan menyerahkan taat setia kepada negara. Rakyat juga seharusnya lebih mengenali institusi pemerintahan beraja ini serta dapat merealisasikan mesej antara raja dan rakyat tiada jurang pemisah. Disamping itu, ianya turut menjelaskan imej institusi kesultanan ini menjadi simbolik kepada rakyat keseluruhannya sebagai kuasa politik dan sosial negara Malaysia secara khususnya.

Berbalik kepada program yang diadakan ini, Himpunan yang diadakan mulai 12 tengah hari itu akan turut mempersembahkan satu warkah iaitu 'memorandum taat setia' kepada Sultan Ibrahim. Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fadil Maskon berkata beliau telah menghadap Sultan Ibrahim dan mendapat perkenan bagi mengadakan perhimpunan tersebut. 

Sehingga kini berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat bagi menyatakan bantahan di atas tindakan tersebut. Sehubungan itu, polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kenyataan tersebut dan kertas siasatan dijangka akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

Kesimpulannya, pertalian seperti isi dan kuku raja dan rakyat terjelma dalam kata-kata hikmah ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ di mana raja simbol perpaduan dan keadilan menaungi rakyat yang ditetapkan dalam batas-batas Perlembagaan negara kita. Ia adalah kemuncak pada sistem politik moden Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...