Monday, June 11, 2012

UMAT ISLAM PERLU JADIKAN MALAYSIA NEGARA TERBAIK


Umat Islam di negara ini diajak untuk sama-sama berazam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik dan dicontohi dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini boleh dilakukan dengan merapatkan perpaduan ummah sebagaimana di zaman kecemerlangan Islam yang membawa kepada penyebaran agama itu ke seluruh dunia.

"Apabila seluruh umat Islam memahami dan berkongsi aspirasi ini, maka menjadi mudahlah kita menongkah cabaran menuju wawasan sebuah negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

Umat Islam di negara ini katanya seharusnya bersedia menggembleng kekuatan yang ada untuk memajukan agama, bangsa dan negara dalam segenap aspek ekonomi, politik, sosial dan pendidikan sebagaimana yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW.

Menyentuh tema majlis tilawah pada kali ini, 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', Jamil berkata ia signifikan kepada keadaan semasa umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia yang mana menghadapi cabaran dari segenap penjuru dan peringkat seperti isu Islamophobia, ekstremisme dan pengganas sebagai dicanang negara-negara barat.

Majlis dihadiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim dan kerabat diraja lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...