Wednesday, July 11, 2012

HINANYA NIZAR DI MATA RAKYAT JOHOR


Keputusan Nizar Jamaluddin mengemukkan saman terhadap stesyen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia tidaklah begitu memeranjatkan. Ia memang telah dijangka oleh ramai pihak terutama pimpinan parti politik di Johor baik di kalangan UMNO mahupun Pas sendiri. Ini kerana tindakan tersebut sebagai tindak balas, terhadap sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Johor terhadap DYMM Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Menurut kaji selidik secara rambang yang dilakukan oleh jentera gerak saraf kedua-dua parti di Johor itu, menunjukkan penurunan graf sokongan rakyat terhadap parti Pas. Yang paling ketara ialah sokongan pengundi atas pagar yang rata-rata menolak dan tidak bersetuju dengan tindakan dan kenyataan biadap Nizar sebelum ini.

Penyataan maaf dan permohonannya untuk mengadap Baginda Sultan Johor yang dikemukan ketika sidang akhbar di parlimen sebelum ini juga, nyata tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat. Ini kerana rakyat Johor ternyata tidak dapat menerima dan melihat kesungguhan serta keikhlasan Nizar lantaran sikap dengilnya yang terus mempertahankan kenyataan biadap tersebut walaupun dikelaburi dengan kenyataan maaf.

Ini kerana umum mengetahui, kenyataan Nizar itu ditujukan terus kepada institusi Di Raja Johor, bagi mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, seperti yang pernah dilakukan mereka  terhadap DYMM Sultan Perak sebelum ini. Tetapi apabila tindakan itu turut menarik dan menghakis sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang, maka Nizar terpaksa mengunakan pendekatan yang lain bagi memulihkan keadaan.

Namun seperti kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Nizar akhirnya sedar tindakannya bukan sahaja memakan dirinya melalui Pas Johor. Tapi lebih malang dan mengejutkan lagi, apabila DAP dan PKR selaku rakan kongsi di dalam pakatan pembangkang Johor turut menerima hakisan sokongan akibat perbuatannya.

Ketika memberikan kenyataan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi, Nizar cuba menyalahkan Utusan Malaysia dan TV3 kononnya telah memfitnah beliau. Selain saman yang menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta, Nizar turut memohon agar TV3 dan Utusan memohon maaf kepada semua pihak yang akan ditentukan oleh pihaknya kelak.

Isu ini menjadi semakin menarik apabila Nizar turut mencadangkan agar keluarga diraja atau pertubuhan bukan kerajaan Melayu untuk memfailkan saman terhadap akhbar Kosmo kerana kononnya telah menghina sultan selama satu setengah bulan. Inilah kehebatan sandiwara dalam pakatan pembangkang, mereka yang menghina akhirnya cuba tampil sebagai pembela kepada penghina. Hina sungguh tarafnya insan bernama Nizar Jamaluddin ini.

Buat Nizar, rakyat Johor bukannya bodoh sehingga tidak mampu untuk menilai antara kebenaran dan sandiwara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...