Tuesday, July 3, 2012

BERSEDIAKAH RAKYAT JOHOR TERIMA BAKAL MB YANG KENE TENDANG


Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mendakwa kepulangan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana tidak diterima kepimpinan Pas di Kelantan. Menurutnya, perkara sama turut berlaku ke atas Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang dakwanya kini sedang mencari kerusi sesuai untuk ditanding pada PRU13.


“Saya ingin tanya pada dia (Salahuddin) yang mahu datang ke Johor, apa dia sudah buat di Kubang Kerian? Maju sangat ke Kubang Kerian sehingga mahu datang dan menjaga Johor? Kalau di Kubang Kerian dia tidak boleh jaga, macam mana orang Johor boleh nak serahkan pentadbiran Johor kepada dia.

“Salahuddin ke Johor bukan sebab dia dihantar balik ke negeri ini. Dia ditendang oleh Pas Kelantan. Begitu juga dengan Nasharudin yang sedang mencari kerusi di Terengganu sedangkan dia Ahli Parlimen Bachok,” katanya.

Katanya, perkara itu turut berlaku di kalangan ahli Umno sendiri yang gagal mendapat tempat dalam perebutan sesuatu jawatan sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan.

“Artis yang berjaya masih bersama Barisan Nasional (BN). Artis yang gagal bersaing seterusnya tidak mampu lagi bersama-sama bersaing dalam sistem hiburan masuk pembangkang,” katanya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...