Friday, July 6, 2012

UNCLE SEEKERS POSITIF DADAH VS CAMPUR TANGAN ASING

'Tahniah pada PDRM sebab tangkap saya' mungkin itu kata-kata uncle ketika gambar ini dirakamkan




Baru-baru ini, seorang pengendali lama blog yang dikenali dengan gelaran Uncle Seekers telah ditahan oleh pihak polis kerana penulisan yang dikeluarkannya mempunyai unsur fitnah terhadap institusi diraja Johor. Disebabkan tulisan tersebut juga seramai 30 individu telah tampil untuk membuat laporan polis bagi mengesa agar satu siasatan dijalankan terhadap pemilik laman blog tersebut di dapati berbaur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.


Isu yang ingin diketengahkan ialah, betapa sejak kebelakangan ini semakin ramai yang cuba menghina dan mempertikaikan institusi di Raja yang merupakan benteng buat orang melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Sebelum ini, Nizar Jamaluddin dan disusuli dengan kenyataan-kenyataan biadap oleh anak-anak mudabergelar mahasiswa yang mendokong ideologi Anwar Ibrahim. Dan terkini Uncle Seekers yang mengunakan pendekatan yang sama untuk menghina dan memburuk-burukkan institusi Diraja ini.

Persoalannya mengapa dan kenapa? Semua ini boleh dikatakan bermula apabila DYMM Baginda Sultan Johor yang menitahkan agar rakyat Johor untuk menerima dan berbincang secara baik dengan kerajaan negeri bagi merealisasikan projek pembangunan RAPID di Pengerang. Bertitik tolak dari titah tersebut, maka bermulalah episod perang antara juak-juak pembangkang bagi mewujudkan sentimen kebencian terhadap institusi ini.

Kerana dengan titah tersebut telah menyebabkan rakyat Johor akur untuk menerima pembangunan tersebut. Kerana sudah menajdi lumrah rakyat untuk menjunjung titah Sultan yang begitu dihormati oleh rakyat Johor ini.

Walaupun isu yang dibawa berlainan, namun suka atau tidak ia bermula dari titah tersebut. Sekiranya kita teliti, mereka yang paling marah apabila kerajaan mengambil keputusan untuk membangunkan kawasan tersebut ialah negara jiran terdekat iaitu, Singapura.

Bukanlah niat untuk menuduh tanpa bukti, tapi sekiranya projek pembangunan RAPID ini dibangunkan, ia secara tidak langsung akan memberi kesan ekonomi terhadap negara jiran tersebut. Maka secara logiknya mereka adalah antara suspek yang mumpunyai motif bagi memastikan projek tersebut gagal.

Kerana ia hanya mampu direalisasikan sekiranya rakyat Johor bangun untuk menolak seperti yang dilakukan di Lynas Kuantan. Tapi sekiranya rakyat mula kendur dan berseutuju untuk menerima sudah tentu ia bakal menyusahkan semua gerak kerja yang telah dijalankan bagi mewujudkan sentimen di kalangan masyarakat.

Apapun bersamalah kita mendoakan semoga ia tidak seperti yang disangka. Kerana sekiranya benar wujud campur tangan asing, maka pihgak berkuasa perlu memandang serius akan perkara ini bagi mempertahankan kedaulantan negara ini terus terjamin tanpa sebarang unsur luar.

Uncle Seeker atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah dikenakan tahanan reman selama 4 hari oleh Mahkamah Majistret Johor Baharu bagi membantu siasatan. Dia telah ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah pada 9.45 malam, 2 hari  lepas di Plaza Tol Senawang, Seremban bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain yang di percayai sebagai teman wanitanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Johor, hasil ujian air kencing yang dijalankan pada pukul 1.25 petang tadi, mendapati Uncle Seekers positif dadah jenis morfin. Dan satu lagi laporan telah dibuat dan kes tersebut akan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...