Wednesday, August 8, 2012

KERANA SEDAR SIKAP ULTRA KIASU, BEKAS AHLI TEKAD HANCURKAN DAP



Tindakan DAP memecat pemimpin kaum India baru-baru ini, bakal mengundang masalah yang lebih besar. Ini kerana bekas pemimpin tersebut A.K Murugan telah bertekad untuk memulakan gerakan bagi memastikan lebih ramai anggota parti tersebut yang berketurunan India meninggalkan DAP kerana layanan ‘kelas kedua’ yang diberikan. Ini kerana menurut Murugan setelah menyertai DAP, dia akhirnya sedar perjuangan parti itu hanya tertumpu kepada kaum cina semata-mata dan bukan kepada seluruh rakyat secara keseluruhan.

Murugan yang juga merupakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Taman Nesa menyifatkan pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau sering memberikan layanan yang berat sebelah serta bersikap ‘ultra-kiasu’ terutama yang melibatkan isu dan masalah kaum India.

Dia sering mengambarkan seolah-olah penyertaan dan sokongan kaum India kepada DAP tidak langsung memberikan kesan secara menyeluruh terhadap kemenangan DAP di Johor. Natijah telah wujud gerakan kesedaran di kalangan anggota parti itu yang mula merasakan topeng sebenar DAP yang sering melaungkan slogan ‘Malaysian Malaysia’.

"Saya bersama-sama rakan lain telah menggerakkan usaha untuk membawa lebih ramai anggota DAP Johor daripada kaum India keluar daripada parti (DAP). Ramai (anggota DAP kaum India) tidak berpuas hati dengan Dr Boo," dakwa bekas anggota seumur hidup DAP ketika ditemui baru-baru ini.

Dia turur mendakwa Dr Boo hanya "pandai berlakon" dalam usahanya untuk menambat sokongan masyarakat India, namun yang sebenarnya berlaku adalah pemimpin DAP Johor itu tidak melakukan apa-apa terhadap kebajikan kaum itu malahan sering memperlekeh dan memperkecilkan kaum yang dianggap minoriti itu.

Tidak cukup dengan itu, Murugan, usaha membawa lebih ramai kaum India keluar daripada DAP di Johor akan memastikan mereka tidak lagi dijadikan "jambatan" oleh kepimpinan DAP negeri untuk memperdaya masyarakat itu.

Selain Murugan turut dipecat ialah V. Thulasi Das yang merupakan bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Saga. Menurut Thulasi, lebih 50 kes aduan yang membabitkan kaum India dan Melayu di kawasan tersebut langsung tidak diendahkan oleh DR Boo. Dan apabila ada dikalangan ahli yang mahu membangkitkan isu tersebut atau mengkritik kepimpinan akan menerima nasib yang sama seperti mereka, iaitu dipecat dari menjadi ahli.

Menurut Thulasi lagi, beliau telah menyertai DAP selama hampir 6 tahun namun tiada satupun isu kebajikan kaum India yang diselesaikan oleh DAP. Lantaran sering di abaikan, mereka sering mengadu bagi mendapatkan bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Kamaruzaman Ali daripada UMNO yang akhirnya akan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Mereka turut mendakwa sepanjang bersama DAP, banyak menghabiskan duit sendiri bagi menampung perbelanjaan parti termasuk sewa bulanan pejabat cawangan sebanyak RM700 selain terpaksa membiayai perbelanjaan pelbagai program yang dianjurkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...