Wednesday, August 8, 2012

PAKATAN BOHONG MENGENAI TAMBAHAN KERUSI


Keyakinan pembangkang untuk menambah bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi di Johor dengan sasaran 18 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang hanyalah pembohongan hebat semata-mata. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebaliknya menasihatkan agar rakyat di negeri ini tidak mudah tertipu dengan pembohongan yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang.


“Itu hanyalah pembohongan hebat mereka sahaja. Rakyat jangan tertipu dan terlupa dengan pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini. Itu tipu sahaja, macam mana mereka boleh menang. Kita berharap semua ahli MCA dan Barisan Nasional (BN) akan menyokong calon BN. Ahli MCA sahaja sudah ada 200,000, Umno pula sekurang- kurangnya sudah ada 600,000 hingga 700,000 ikut taksiran saya.

“Jumlah tersebut sudah melebihi satu juta. Itu belum masuk ahli MIC dan lain-lain. Maka jumlah tersebut sudah hampir separuh pengundi yang ada di Johor. Ahli-ahli BN tidak seharusnya sabotaj atau jadi pengkhianat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Konvensyen Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Soi Lek berkata, pemimpin DAP ketika berceramah sering mendakwa bahawa BN suka merasuah, menyalahgunakan kuasa hingga negara semakin bankrap sedangkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dahulu juga daripada BN.

“Saya beri ingatan kepada ahli MCA dan masyarakat Cina bahawa Anwar sebelum ini berada di BN selama 17 tahun hingga memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dahulu pun DAP turut mengata Anwar, tetapi kini tidak pula.

“Mereka juga anggap Anwar bersih. Tiada rasuah atau tiada penyalahgunaan kuasa dan anggap Anwar adalah pemimpin Melayu yang bersikap terbuka. DAP kononnya adalah pusat pembersihan,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru agar ahli MCA bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan serta menolak perjuangan DAP yang cuba memecahbelahkan masyarakat Cina dengan memberi pelbagai harapan palsu.

“Paling penting, kaum Cina hendaklah bekerjasama. Kalau kaum Cina sokong DAP, masyarakat pasti akan berpecah-belah. Ketahuilah perkembangan politik yang tidak sihat ini. Perjuangan mereka adalah untuk menjatuhkan masyarakat sahaja,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...