Tindakan pembangkang menolak slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema
Hari Kebangsaan menunjukkan mereka tidak menghormati negara ini dan
gagal membezakan politik dengan semangat kenegaraan. Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, selain
menjadi hak kerajaan Persekutuan pilihan tema tersebut juga tepat dan
tidak menjadi kesalahan kerana kerajaan di bawah pentadbiran Barisan
Nasional (BN) sentiasa menepati janji sejak kemerdekaan negara dicapai
55 tahun dahulu.
"Tindakan mereka menggunakan tema berlainan dengan Kedah, Terus
Berbakti, Kelantan, (Menerajui Perubahan) dan Selangor, (Sebangsa,
Senegara, Sejiwa) jelas menunjukkan tiada kesepakatan antara Pas, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan hari raya dan
berbuka puasa bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah di
Surau Kampung Melayu Baru Wawasan di Gelang Patah, Nusajaya semalam.
No comments:
Post a Comment