Pihak pengurusan masjid dan surau dinasihatkan
supaya sentiasa bersatu dalam urusan keagamaan walaupun menjadi ahli
atau menyokong parti politik yang berbeza. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim
Suleiman berkata, perpaduan dan semangat saling membantu antara pihak
pengurusan masjid dan surau amat penting bagi mengukuhkan lagi kekuatan
agama.
"Walaupun kita mungkin memakai 'baju' atau menyokong parti politik
yang berbeza, namun dalam soal mengukuh dan memperjuangkan syiar Islam,
saya menyeru semua pihak bersatu padu atas landasan agama.
"Janganlah bertelagah sesama sendiri dalam soal ini kerana yang kita
sembah tetap satu iaitu Allah SWT dan nawaitu tetap sama," katanya di Masjid An-Najah,
Taman Daya di sini semalam.
Abdul Halim yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tebrau berkata,
jika berlaku pertelagahan antara pihak pengurusan sesebuah masjid atau
surau, ia secara tidak langsung menjejaskan imej agama Islam yang suci.
"Janganlah imam tak baik dengan bilal dan pengurusan masjid atau
surau. Jika ada masalah atau berbeza pandangan, selesaikannya dengan
baik atas dasar sesama saudara Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment