Monday, September 17, 2012

MIC PERCAYA PENGUNDI INDIA AKAN BANTU BN


MIC percaya pengundi kaum India akan membantu Barisan Nasional (BN) memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, kata naib presiden Datuk M. Saravanan. Beliau berkata masyarakat India secara keseluruhan termasuk di negeri pimpinan pembangkang semakin yakin dengan pendekatan dan perubahan yang sudah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Masyarakat India amat tersentuh dengan pelbagai pendekatan yang dibawa oleh Najib untuk kaum itu," katanya pemberita selepas merasmikan sebuah program kesusasteraan anjuran Persatuan Kesusasteraan Tamil Negeri Johor di sini.

Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, melahirkan keyakinan tinggi bahawa calon parti itu mampu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang akan ditandingi pada PRU nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...