Friday, December 7, 2012

Guan Eng Dicabar Henti Operasi Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya menghentikan operasi Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham. Chua berkata, cabaran itu berlandaskan tindakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Lim yang membatalkan permohonan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bagi membaharui kebenaran menduduki tanah di situ dan menyebabkan terminal itu masih belum menerima Sijil Layak Menduduki (CF) sehingga kini.

"Kalau dia (Lim) berani, saya cabar dia batalkan projek itu. Tetapi saya ingat dia tidak berani kerana jeti ini menerima lebih daripada satu juta pelancong setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming, dekat Lima Kedai, di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kegagalan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan CF untuk bangunan bernilai RM65 juta itu boleh membahayakan pelancong yang mengunakan kemudahan tersebut.

Bangunan tiga tingkat itu hanya diberikan sijil menduduki sementara sejak siap dibina tiga tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...