Friday, May 25, 2012

ANWAR MAHU RAKYAT DERHAKA SULTAN


Hari ini Anwar Ibrahim akan mengadakan pelbagai program dan aktiviti di Johor sebagai siri jelajah untuk terus memperbodohkan rakyat dengan tohmahan dan dakyah politik. Antaranya di Pontian, Gelang Patah, Pengerang dan Pasir Gudang. 


Dimasa yang sama, pelbagai gabungan NGO di Johor juga telah merangka pelbagai program dengan menjemput para penceramah yang merupakan bekas 'sahabat' dan pernah mengenali Anwar secara langsung sebagai satu usaha bagi membolehkan rakyat untuk lebih mengenali Siapakah Sebenarnya Anwar Ibrahim.

Antara nama-nama besar yang dijemput menjayakan program ceramah 'BONGKAR' ini seperti Umi Hafilda, Ezam Md Noor, Zahid Md Arif, Datuk Eskey, Datuk Nalakaruppan, Lokman Nor Adam dan ramai lagi. Selain dari program ceramah tersebut turut dianjurkan ialah program 'DUDUK DAN JILAT' bagi menyambut kedatangan AZMIN ALI ke negeri Johor.

Yang paling menarik, pada malam ini Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan ceramah bagi meminta rakyat di Pengerang menyatakan bantahan bagi menentang projek RAPID Pengerang. Sedangkan sebelum ini DYMM Sultan Johor telah bertitah agar rakyat Johor di Pengerang berbincang secara baik dengan kerajaan negeri agar dapat diselesaikan secara baik.

Apakah dengan ini, Anwar secara tidak langsung cuba meracuni pemikiran rakyat agar turut membantah dan menderhaka dengan titah Sultan. Inilah dia rupa yang sebenar Anwar Ibrahim, mengajar rakyat akan menderhaka semata-mata untuk menjaga kepentingan Singapura dan memenuhi nafsu rakusnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Semoga penerangan dan ceramah dari tam TIBAI dan UMI HAFILDA akan dapat membuka mata rakyat di Johor untuk menolak Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat terutama semasa PRU nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...