Showing posts with label Pengerang. Show all posts
Showing posts with label Pengerang. Show all posts

Friday, September 28, 2012

RAPID BANYAK MANFAAT UNTUK RAKYAT

Pelbagai tanggapan negatif yang selama ini menentang Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) oleh Petronas di Pengerang, Johor sewajarnya diperbetulkan dengan melihat pelbagai faedah yang membawa manfaat kepada masyarakat setempat khususnya.

Projek itu di samping dapat menghasilkan kapasiti pengeluaran sehingga 300,000 tong sehari penapisan minyak mentah untuk produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel, ia turut menambah kemampuan pengeluaran pelbagai produk keperluan harian lain. 

VIDEO PENUH AZALINA CABAR SALAHUDDIN



TIADA TUAN TANAH ENGGAN TERIMA PAMPASAN


Fasa pertama perbicaraan pengambilan tanah bagi projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) berjalan lancar dengan tiada seorang pun pemilik tanah yang mengembalikan Borang H setakat ini enggan menerima pampasan. Menurut anggota exco kerajaan negeri Datuk Ahmad Zahri Jamil, fasa pertama perbicaraan pengambilan tanah yang berlangsung pada 3 hingga 14 Sept lepas itu melibatkan 210 lot tanah dan 434 pemilik.

AZALINA BIDAS NGO DAN CABAR SALAHUDDIN DEBAT


Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman mencabar Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub untuk berdebat ekoran dakwaan pemimpin PAS itu bahawa nilai pampasan terhadap pengambilan tanah penduduk kampung di Pengerang hanya RM2.80, sedangkan harga sebenar ialah RM8 sekaki persegi.

Saturday, September 15, 2012

CUBAAN POLITIKKAN ISU KUBUR DAN JIRAT CINA DI PENGERANG

Ahli Parlimen Bakri dari DAP antara dalang yang menghasut penduduk

Ada pihak dikesan cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu pemindahan kubur orang Islam dan jirat masyarakat Cina di Pengerang sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk di situ. Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor Elias Hasran berkata hasil pertemuan di kalangan masyarakat Islam dan Cina di situ mendapati hanya segelintir sahaja yang membantah pemindahan itu.
 

TIDAK GUNA ARTIS UNTUK POLITIK - AZALINA


Penglibatan artis lama dalam konsert Sijori yang berakhir semalam dilihat sebagai satu inspirasi untuk menggalakkan lagi golongan muda menjadi insan yang berjaya. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, barisan artis otai yang diundang untuk menjayakan konsert tersebut masing-masing telah mencipta kejayaan tersendiri, malah mereka semua terdiri daripada artis yang mempunyai latar belakang yang berjaya.

Tuesday, August 14, 2012

IKBN PENAWAR BAKAL LAHIRKAN TENAGA PAKAR


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar bakal melahirkan tenaga pakar dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) khususnya bagi memenuhi keperluan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Wednesday, August 8, 2012

JANGAN ABAI NASIB KAMI


PENGERANG - Rata-rata penduduk Pengerang yang ditemui gembira dengan pembangunan yang bakal berlaku di pekan kecil ini, namun begitu mereka mengharapkan pampasan yang diterima setimpal agar nasib mereka yang perlu berpindah terbela. Ketua Kampung Sungai Kapal, Abdul Kadir Ahmad berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan segala kebajikan penduduk sama ada dari segi harta dan tanah apabila mereka berpindah ke penempatan baru nanti.


PENDEKATAN SENTUHAN HATI USAHA KERAJAAN BANTU SEMUA GOLONGAN


PENGERANG - Seramai 300 peniaga kecil di Parlimen Pengerang menerima bantuan peralatan kanopi bernilai RM150,000 daripada kerajaan untuk kegunaan mereka. Bantuan itu disampaikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkannya antara pendekatan sentuhan hati dan usaha berterusan kerajaan membantu semua golongan termasuk peniaga kecil menikmati taraf hidup lebih baik.

Friday, July 6, 2012

UNCLE SEEKERS POSITIF DADAH VS CAMPUR TANGAN ASING

'Tahniah pada PDRM sebab tangkap saya' mungkin itu kata-kata uncle ketika gambar ini dirakamkan




Baru-baru ini, seorang pengendali lama blog yang dikenali dengan gelaran Uncle Seekers telah ditahan oleh pihak polis kerana penulisan yang dikeluarkannya mempunyai unsur fitnah terhadap institusi diraja Johor. Disebabkan tulisan tersebut juga seramai 30 individu telah tampil untuk membuat laporan polis bagi mengesa agar satu siasatan dijalankan terhadap pemilik laman blog tersebut di dapati berbaur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Saturday, June 30, 2012

PAKATAN MEROYAN, 100RIBU UNTUK MAYAT


Projek belum bermula, tetapi macam-macam cerita tak masuk akal sudah direka untuk mencucuk penduduk, antaranya tak ada tanah perkuburan untuk tanam mayat. Begitulah yang berlaku apabila pembangkang cuba menjadikan projek minyak dan gas di Pengerang sebagai isu politik. Pada sidang media di bangunan Parlimen, Azalina menyelar parti pembangkang sebagai golongan yang meroyan kerana cuba mempengaruhi rakyat dan menyelitkan elemen kebencian di kalangan penduduk kampung berhubung projek Pusat Dagangan Bersepadu Minyak, Gas dan Petrokimia (RAPID) di kawasannya walhal projek berkenaan masih di peringkat perbincangan oleh kerajaan negeri dan banyak perkara masih belum diputuskan lagi.

AKHBAR CINA CUBA HASUT PEMBACA TOLAK RAPID


AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 24 Jun 2012 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Cher Ting berkaitan isu pembangunan industri petrokimia di Pengerang, Johor. Dalam artikel di halaman W3 bertajuk ‘Pengerang kini hampir pupus,’ beliau menulis, kawasan itu terletak di selatan Johor, di bawah jajahan Daerah Kota Tinggi dan terletak di antara Selat Singapura dan Sungai Johor. Punca rezeki penduduk Pengerang ialah menangkap ikan sebagai sumber rezeki utama.

Tuesday, June 26, 2012

ADA PIHAK HASUT PENDUDUK BANTAH RAPID


Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said kesal dengan sikap pihak tertentu yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk di Pengerang Johor mengenai isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Monday, June 18, 2012

SINGAPURA DALANG DEMO DI PENGERANG

Sebelum ini MyMassa pernah bongkarkan demonstrasi di Pengerang dilakukan oleh orang luar. Rujuk : Bongkar Kisah Sebenar Demo RAPID. Namun di sebalik demonstrasi tersebut, ada rahsia yang bakal mengancam keselamatan negara. Perkara ini adalah satu lagi maklumat sulit yang MyMassa dapat dari sumber di Singapura. Sebagai mukadimah, MyMassa kongsikan dua gambar ini. Pertama, demonstrasi menentang projek RAPID. Satu lagi adalah himpunan menyokong projek ini.

Demonstrasi menentang projek RAPID Petronas.
Himpunan menyokong projek yang sama.

Monday, June 11, 2012

USAH POLITIK ISU RAPID, ELAK RAKYAT JADI MANGSA


Pihak pembangkang diharap tidak mempolitikkan isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) serta isu berkaitan pembangunan minyak dan gas di Pengerang. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, jika isu yang ada dipolitikkan tempiasnya akan terkesan kepada penduduk dan orang tempatan sendiri.

Saturday, June 2, 2012

5,000 peluang kerja ditawar dalam Karnival Kerjaya Tenggara


Kira kira 5,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Tenggara yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Dataran Taman Anggerik Bandar Tenggara. Pengerusinya, Datuk Baderi Dasuki berkata, pelbagai peluang kerjaya daripada agensi kerajaan dan swasta disediakan khususnya buat golongan muda di sekitar daerah ini.

Tuesday, May 29, 2012

Syukur Alhamdulillah... Tuah bumi Pengerang


Peribahasa Melayu bermadah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’ Begitu juga halnya dengan penduduk Pengerang dan rakyat Johor secara umumnya yang tidak mungkin terlintas di minda mereka negeri Johor akan menjadi sebuah hab minyak dan gas yang terpenting di Malaysia.

Friday, May 25, 2012

ANWAR MAHU RAKYAT DERHAKA SULTAN


Hari ini Anwar Ibrahim akan mengadakan pelbagai program dan aktiviti di Johor sebagai siri jelajah untuk terus memperbodohkan rakyat dengan tohmahan dan dakyah politik. Antaranya di Pontian, Gelang Patah, Pengerang dan Pasir Gudang. 

Tuesday, May 22, 2012

UMI AKAN BONGKAR TEMBELANG NUAR BERAHIM


Pihak kami baru sahaja menerima maklumat yang mengatakan Nuar Berahim akan memberikan ceramahnya di kawasan paling 'putih' di Johor sebagai satu usaha untuk mempengaruhi orang kampung dengan cerita-cerita bohong dan penglipur laranya pada 25 May 2012.

Friday, May 18, 2012

Petronas Ropes In Japanese, Thai Firms For RAPID


Petroliam Nasional Bhd (Petronas) has signed two Heads of Agreement (HOAs) with Japanese and Thai companies to undertake projects within the Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) in Pengerang, Johor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...