Showing posts with label Sultan Johor. Show all posts
Showing posts with label Sultan Johor. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

SULTAN JOHOR BERBUKA BERSAMA ANAK YATIM DAN OKU

Sekadar Gambar Hiasan

QSR Brands Berhad (QSR), menerusi restoran KFC dan Pizza Hut mengagihkan kira-kira 20,000 hidangan berbuka puasa percuma kepada penghuni 230 rumah anak yatim, rumah kebajikan kanak-kanak dan rumah orang tua di seluruh negara.

Thursday, August 9, 2012

PERPECAHAN PUNCA UMAT ISLAM LEMAH - SULTAN IBRAHIM


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan umat Islam supaya tidak berpecah-belah kerana tindakan itu hanya akan melemahkan mereka sehingga mudah dikalahkan musuh dan diperdaya pihak berkepentingan. Sehubungan itu, baginda bertitah, umat Islam perlu bersatu-padu kerana nilai murni itu menjadi asas kemajuan dan kesejahteraan ummah.

Friday, July 6, 2012

UNCLE SEEKERS POSITIF DADAH VS CAMPUR TANGAN ASING

'Tahniah pada PDRM sebab tangkap saya' mungkin itu kata-kata uncle ketika gambar ini dirakamkan




Baru-baru ini, seorang pengendali lama blog yang dikenali dengan gelaran Uncle Seekers telah ditahan oleh pihak polis kerana penulisan yang dikeluarkannya mempunyai unsur fitnah terhadap institusi diraja Johor. Disebabkan tulisan tersebut juga seramai 30 individu telah tampil untuk membuat laporan polis bagi mengesa agar satu siasatan dijalankan terhadap pemilik laman blog tersebut di dapati berbaur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

AKHIRNYA UNCLE SEEKERS DIREMAN 4 HARI

Uncle Seekers dan teman wanitanya direman 4 hari kerana kenyataan menghina

Polis mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Tuesday, June 19, 2012

JOHOR SUMBANG 30% PELABURAN DALAM ETP


Sebanyak 30 peratus pelaburan yang dibawa dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) datang dari negeri Johor sekaligus melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. Datuk Dr Lee Hong Tee (BN-Jementah) berkata pelaburan terutamanya di wilayah Iskandar Malaysia bukan sahaja menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri Johor, malah menjadi ikon dan imej kejayaan negeri ini.

Friday, June 15, 2012

SULTAN JOHOR MURKA TERHADAP NIZAR


Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini. Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.

Wednesday, June 13, 2012

30K BUKTI RAKYAT SAYANG SULTAN

30 Ribu Rakyat Hadir Membaca Ikrar Taat Setia

KEHADIRAN hampir 30,000 orang pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi Ahad lalu menunjukkan kasihnya rakyat negeri ini terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Perhimpunan itu juga adalah sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi rakyat negeri ini yang tetap bersama dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam apa jua keadaan, senang mahupun susah.

Tuesday, June 12, 2012

PERMOHONAN MAAF, CUBAAN NIZAR BODOHKAN RAKYAT JOHOR


Nizar Jamaluddin

Akibat desakan dan bantahan yang dibuat oleh rakyat Johor atas kelancangan dan kebiadapan Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu akhirnya mula sedar akan natijah dan kesan yang dilakukannya. Sebelum ini Nizar telah mengkritik tindakan DYMM Baginda Sultan Johor yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 untuk plat bernombor WWW1. Ketika ditanya oleh wartawan di lobi parlimen sebentar tadi, dia mengatakan akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan dia menerangkan kedudukan sebenar.

Thursday, May 31, 2012

ORANG JOHOR SAYANG SULTAN!!!!! DAULAT TUANKU


 

Memang dari dulu semua elaun kerajaan yang diberikan kepada Sultan Johor disalurkan kepada yayasan anak Johor. Tuanku Sultan Johor amat terkenal dikalangan rakyat dengan sifat memberikan peralatan kepada anggota keselamatan. Sebagai contoh Askar Timbalan Setia diberikan Hummer oleh Sultan untuk kegunaan mereka. 

Friday, May 25, 2012

ANWAR MAHU RAKYAT DERHAKA SULTAN


Hari ini Anwar Ibrahim akan mengadakan pelbagai program dan aktiviti di Johor sebagai siri jelajah untuk terus memperbodohkan rakyat dengan tohmahan dan dakyah politik. Antaranya di Pontian, Gelang Patah, Pengerang dan Pasir Gudang. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...