Tindakan Pas meletakkan syarat ketat bagi Umno untuk bermuzakarah
menunjukkan parti komponen pakatan pembangkang tidak ikhlas dalam
membincangkan agenda Ummah, Melayu dan Islam. Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman
berkata, syarat yang diletakkan Pas membuktikan wujudnya unsur politik
berbanding usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.
“Pertemuan dua parti terbesar negara, Pas dan Umno menerusi muzakarah untuk berbincang mengenai hala tuju Melayu dan Islam bukan satu perkara baru.
“Jika mereka (Pas) benar-benar mahu berbincang mengenai agenda ummah, agama dan bangsa, tidak perlu ada syarat kerana ia hanya menunjukkan mereka tidak ikhlas untuk bermuzakarah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Muzakarah Pas Umno yang dijangka direalisasikan dalam masa terdekat.
Halim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa berkata, kedua-dua parti itu perlu saling berbaik dan memaafkan antara satu sama lain jika mahu bermuzakarah.
Menurutnya, selaku warganegara ini, Irene tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh memberikan kesan negatif kepada tanah air.
“Isu yang dibangkitkan oleh Irene seakan mahu memburukkan negara di mata negara luar sedangkan kepimpinan kerajaan sudah mentadbir Malaysia dengan cukup baik dan ia berbeza dengan apa dinyatakan olehnya.
“Jika berlaku sesuatu penganiayaan atau dera melibatkan pekerja asing, ia adalah masalah majikan dan bukannya kerajaan atau negara. Malah peratusan kes ini adalah kecil.
“Sebagai rakyat Malaysia, dia tidak patut mengeluarkan kenyataan berkenaan. Seharusnya dia menggunakan saluran yang betul. Jika dia tidak suka Malaysia, tukar warganegara dan dapatkan status pemastautin tetap (PR) dari negara lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment