Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub telah pun mengesahkan, tidak akan
mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sebaliknya
akan beralih ke Johor untuk bertanding pada PRU-13nanti. Pada masa yang sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan
bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi
Parlimen di negeri kelahirannya itu.
"Pas telah buat keputusan bahawa saya akan bertanding sebagai
calon di Johor pada PRU-13 akan datang. Mungkin dua kerusi, DUN dan
Parlimen. Buat masa ini, kita sedang tunggu kawasan mana, ia mungkin di
Tanjung Piai, Batu Pahat, Muar atau Kulai.
Menurut pemerhati politik, tindakan meletakkan Salahuddin bertanding di Johor adalah merupakan tindakan yang amat berisiko dan berani mati. Andai tersilap perancangan,
Ada juga desas-desus yang mengatakan pemindahan beliau adalah merupakan strategi puak-puak Endorgan dalam Pas untuk menyingkirkan beliau kerana memberikan 'sedikit' sokongan dan simpati kepada mantan Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Isa tidak berapa lama dahalu. Ini kerana rata-rata pimpinan Endorgan di dalam Pas mengetahui ketika pemilihan parti Pas Jun lalu, beliau tidak berapa senang dengan kemenangan Mat Sabu
Walaupun Salahuddin yakin dengan kepulangannya ke Johor akan dapat
membantu barisan kepimpinan Pas serta pembangkang di negeri itu dalam
usaha mencipta satu sejarah pada pilihan raya umum akan datang, namun ramai tahu beliau terpaksa menerima keputusan itu demi meneruskan 'survival politiknya di dalam Pas.
Ini kerana ada khabar angin yang mengatakan andai beliau berkeras untuk kekal di Parlimen Kubang Kerian ada kemungkinan namanya akan digugurkan dari senarai calon yang dicadangkan nanti. Oleh itu suka atau tidak, beliau terpaksa akur untuk mencuba nasib di Johor walaupun peluang untuk menang agak tipis.
Apapun keputusannya, sama-samalah kita saksikan apakah beliau akan kekal sebagai wakil rakyat atau dikapankan oleh rakyat Johor nanti.
No comments:
Post a Comment