![]() |
Uncle Seekers dan teman wanitanya direman 4 hari kerana kenyataan menghina |
Polis mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas pengkaji
aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih
dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan berhubung
penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor
Sultan Ibrahim.
Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah terhadap
pengendali blog www.uncleseekers.blogspot.com dan dan juga teman
wanitanya itu dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret,
di sini, petang ini.
Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya
pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan
untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.
Ahad lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah
berhubung penulisan di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi,
hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
No comments:
Post a Comment