Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar bakal melahirkan
tenaga pakar dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE)
khususnya bagi memenuhi keperluan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan
Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata menerusi
memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kementeriannya dan
Petronas Khamis, syarikat itu akan melatih tenaga pengajar IKBN dalam
bidang minyak dan gas bermula Oktober ini.
"Kerjasama yang dijalankan oleh pihak IKBN dan Petronas ini adalah
selari dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan modal insan yang
berpendapatan tinggi sebagaimana yang digariskan Program Transformasi
Ekonomi (ETP)," katanya semasa berucap dalam majlis tersebut di
kementeriannya di sini hari ini.
Katanya dengan termeterainya MoU itu akan turut menjadikan IKBN Bandar
Penawar sebagai hab pengiktirafan sijil HSE bagi industri minyak dan gas
negara.
Sebagai permulaan seramai 20 tenaga pengajar IKBN akan mengikuti
latihan bersama Petronas dan jumlah itu dijangka bertambah mengikut
keperluan semasa.
No comments:
Post a Comment