Showing posts with label Cina. Show all posts
Showing posts with label Cina. Show all posts

Monday, September 24, 2012

MCA TAK ABAI PENDIDIKAN CINA HANYA KERANA POLITIK


Pemuda MCA sentiasa komited memastikan pendidikan masyarakat Cina tidak terabai dengan berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dari semasa ke semasa, kata Pengerusi Biro Pendidikannya Chong Sin Woon. Untuk itu, katanya MCA akan mengadakan siri jelajah ke beberapa negeri bagi menerangkan mengenai pendidikan masyarakat Cina termasuk mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung penggunaan bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi murid tahun empat hingga enam.

Wednesday, August 8, 2012

PAKATAN BOHONG MENGENAI TAMBAHAN KERUSI


Keyakinan pembangkang untuk menambah bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi di Johor dengan sasaran 18 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang hanyalah pembohongan hebat semata-mata. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebaliknya menasihatkan agar rakyat di negeri ini tidak mudah tertipu dengan pembohongan yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang.

Saturday, June 30, 2012

PAKATAN MEROYAN, 100RIBU UNTUK MAYAT


Projek belum bermula, tetapi macam-macam cerita tak masuk akal sudah direka untuk mencucuk penduduk, antaranya tak ada tanah perkuburan untuk tanam mayat. Begitulah yang berlaku apabila pembangkang cuba menjadikan projek minyak dan gas di Pengerang sebagai isu politik. Pada sidang media di bangunan Parlimen, Azalina menyelar parti pembangkang sebagai golongan yang meroyan kerana cuba mempengaruhi rakyat dan menyelitkan elemen kebencian di kalangan penduduk kampung berhubung projek Pusat Dagangan Bersepadu Minyak, Gas dan Petrokimia (RAPID) di kawasannya walhal projek berkenaan masih di peringkat perbincangan oleh kerajaan negeri dan banyak perkara masih belum diputuskan lagi.

Thursday, June 21, 2012

BN KEKALKAN 137 KERUSI PARLIMEN????

Konvensyen Barisan Nasional

Barisan Nasional (BN) mungkin mengekalkan 137 kerusi Parlimen yang dikuasainya sekarang dengan margin lima peratus lebih atau kurang, tetapi tidak cukup mencapai majoriti dua pertiga, menurut kajian dan analisis terperinci Centre of Strategic Engagement (CENSE). Kajian terbaru itu menunjukkan masih ramai yang bergantung kepada kekuatan dan organisasi jentera pilihan raya BN.

Monday, June 18, 2012

SINGAPURA DALANG DEMO DI PENGERANG

Sebelum ini MyMassa pernah bongkarkan demonstrasi di Pengerang dilakukan oleh orang luar. Rujuk : Bongkar Kisah Sebenar Demo RAPID. Namun di sebalik demonstrasi tersebut, ada rahsia yang bakal mengancam keselamatan negara. Perkara ini adalah satu lagi maklumat sulit yang MyMassa dapat dari sumber di Singapura. Sebagai mukadimah, MyMassa kongsikan dua gambar ini. Pertama, demonstrasi menentang projek RAPID. Satu lagi adalah himpunan menyokong projek ini.

Demonstrasi menentang projek RAPID Petronas.
Himpunan menyokong projek yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...