Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman mencabar Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub untuk berdebat ekoran dakwaan pemimpin PAS
itu bahawa nilai pampasan terhadap pengambilan tanah penduduk kampung di
Pengerang hanya RM2.80, sedangkan harga sebenar ialah RM8 sekaki
persegi.
Azalina turut membidas badan bukan kerajaan (NGO) dari Pengerang yang
mengatakan kawasan pembangunan projek Komples Bersepadu Petroleum
Pengerang (PIPC) akan memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan
sumber mata pencarian ekonomi penduduk.
"Itu semua dakwaan rambang dan rumusan secara menyeluruh. Harga
pampasan tanah RM2.80 adalah untuk kawasan tanah yang jauh dari jalan
utama, sedangkan kerajaan menilai bukan setakat tanah, tapi turut
menilai bangunan, termasuk tanaman di atas tanah itu.
"Setakat ini jumlah tertinggi yang diberikan ialah RM8 sekaki persegi,"
katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Selasa.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pengerang itu, berkata berdasarkan
taklimat Johor Petroleum Developement Corporation (JPDC), fasa pertama
untuk pemindahan penduduk di 10 kampung tradisi di Pengerang telah
menyaksikan 179 borang H diserah tanpa sebarang bantahan.
No comments:
Post a Comment