Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata seluruh negara akan menerima kesan
positif daripada limpahan pembangunan yang sedang rancak berlaku di
negeri Johor pada ketika ini.
Menurutnya, pembangunan berbilion ringgit di Johor juga membuktikan
Johor dan Malaysia tetap menjadi destinasi pelaburan utama di rantau
Asean bagi pelabur-pelabur dalam negara dan asing.
"Minat pelabur untuk datang ke Johor dan Malaysia masih kuat, menjadikan
kita sebagai destinasi pelaburan yang utama di Asean. Kita percaya
pertumbuhan yang pesat di Johor akan membantu pertumbuhan negara secara
keseluruhan," katanya.
Muhyiddin memberi contoh bagaimana projek pembangunan di Iskandar
Malaysia, selatan Johor yang sehingga kini telah berjaya menarik
pelaburan daripada dalam dan luar negara. Sejak dilancarkan pada akhir 2006 sehingga kini, beliau berkata
Iskandar Malaysia telah menarik pelaburan sebanyak RM83 bilion, dengan
sebahagian besar daripada pelaburan terbabit sedang di dalam pelbagai
peringkat pelaksanaan.
Selain daripada itu, Johor turut menerima pelaburan besar di dalam
bentuk pelaksanaan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan
Petrokimia (RAPID) di Pengerang oleh syarikat minyak negara, Petronas,
katanya.
RAPID yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
bulan lepas, menurutnya bakal menerima pelaburan keseluruhan sebanyak
RM120 bilion, disamping mewujudkan kira-kira 40,000 peluang pekerjaan.
Selain Petronas, beberapa syarikat tempatan dan asing berkaitan minyak
dan gas tempatan seperti Dialog Group Berhad dan pelabur daripada
Taiwan turut telah bersetuju untuk melabur di dalam projek RAPID di
Pengerang, katanya.
"Dengan segala bentuk pembangunan yang sedang dialami negara, saya
yakin negara akan berjaya mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 6
peratus setiap tahun," katanya.
Mengenai pekebun kecil Risda pula, Timbalan Perdana Menteri berkata,
walaupun berstatus pekebun kecil tetapi memberikan sumbangan yang amat
besar kepada ekonomi negara. Katanya pekebun-pekebun kecil menyumbang kira-kira 90 peratus daripada output keseluruhan pengeluaran getah negara.
"Walaupun kecil, tetapi nilai pengeluaran mereka adalah besar," kata
beliau dan menambah pekebun kecil perlu menggunakan kemudahan yang
disediakan sama ada oleh Risda atau agensi-agensi lain untuk memajukan
diri mereka.
Timbalan Perdana Menteri berkata selain menjadi pekebun kecil, mereka
juga boleh menjadi pengusaha industri kecil dan sederhana untuk menambah
pendapatan menerusi pelbagai sumber.
Salam Blogger Johor.. Mohon link blog saya di blog tuan..
ReplyDeleteterima kasih.. hidup anak Johor!
http://mohdnajib27.blogspot.com/
OK done.. mohon link sekali blog ini di blog tuan.. terima kasih
ReplyDelete